Kembali
19.05.2020

Untuk menjadikan perdagangan pertukaran mata wang yang menguntungkan, peniaga harus memperluas pengetahuannya mengenai teori umum dan mendapatkan  pengalaman melalui praktikal. Kekurangan  pengetahuan secara teori tidak menjadi masalah , kerana terdapat pelbagai  instrumen dan bahan yang releven boleh didapati dengan mudah .Tetapi, tidak semudah itu apabila kita menyentuh hal mengenai latihan secara praktikal.

Solusi yang paling mudah bagi  isu ini adalah dengan membuka akaun demo. Oleh itu , kami bersedia untuk berkongsi maklumat dan menerangkan mengapa anda perlu mempunyai akaun demo perdagangan, bagaimana untuk mendaftar, dan ketahui mengapa ianya berguna bukan hanya untuk pedagang baru, tetapi juga untuk pedagang yang berpengalaman.

Akaun Demo untuk Pedagang Baru. Kenapa?

Definisi itu sudah menjadi sebahagian daripada jawapannya.

Akaun demo adalah akaun perdagangan, yang mempunyai semua ciri seperti mana yang ada pada akaun yang sebenar ( real account), tetapi tidak memerlukan pelaburan yang sebenar.

Setelah membuka akaun demo, setiap pedagang akan mendapat sejumlah wang maya. Pedagang boleh menggunakannya untuk membuat perdagangan atau pertukaran mata wang asing pada harga semasa tanpa ada risiko kewangan. Pedagang boleh menggunakan akaun "percubaan"(akaun demo) pada platform perdagangan yang sama seperti akaun yang sebenar.

Dalam kes ini, akaun demo membolehkan pedagang memperoleh pengalaman praktikal asas dengan selamat untuk membeli / menjual sebarang aset yang diperdagangkan di bursa dan analisis data pasaran induk disediakan oleh platfom perdagangan. Setelah itu , pedagang  boleh beralih secara perlahan dari akaun demo kepada akaun perdagangan yang sebenar setelah memahami konsep-konsep asas perdagangan ini.

Berikut adalah kelebihan untuk pedagang baru:

- ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk membuka akaun demo, 

- ia adalah percuma, tiada deposit diperlukan, 

- pengalaman perdagangan yang sebenar tanpa ada risiko kewangan, 

- pedagang mempunyai banyak masa untuk  memahami prinsip perdagangan bagi setiap instrumen kewangan, 

- perdagangan menggunakan wang maya(bukan sebenar)  dapat menghilangkan tekanan psikologi, stress dan membolehkan pedagang menilai Kembali perdagangan yang telah dibuat. 

Kelebihan Akaun Demo bagi  Pedagang yang Berpengalaman

Pedagang yang mahir juga menggunakan satu atau beberapa akaun demo, tetapi mereka menggunakannya untuk tujuan yang berbeza. Sebagai tambahan kepada strategi standard untuk membeli dan menjual aset, banyak pedagang yang berpengalaman melibatkan diri untuk menganalisa pergerakan pasaran dan membina strategi perdagangan mereka sendiri . Namun , tidak semuanya akan berhasil, jadi adalah lebih baik untuk membuka akaun demo bagi  menguji analisis tersebut tanpa merisikokan kewangan pedagang. Apabila  analisis atau strategi tersebut menunjukan ianya berkesan dan menunjukkan hasilnya , analisis atau kajian tersebut boleh di aplikasikan ke akaun perdagangan yang sebenar.

Kelebihan yang kedua ialah untuk mengasah kemahiran teknikal. Perubahan harga pasaran atau bursa  boleh mengakibatkan kerugian kewangan yang serius atau kehilangan keuntungan walaupun perubahan atau pergerakan tersebut adalah kecil . Adalah sangat penting untuk menggunakan platform perdagangan tanpa melengahkan masa untuk memikirkan dan mencari item menu yang tepat. Dengan menggunakan akaun demo untuk tujuan latihan, membolehkan pedagang secara automatic akan respon dengan lebih cepat ketika pasaran atau bursa mula bergerak .

Di mana dan bagaimana untuk mendaftar?

Untuk Akses ke akaun demo, seperti akaun pelaburan sebenar, akan disediakan oleh broker. Ia tidak mengambil masa yang banyak : yang perlu anda  buat  hanya isi borang yang ringkas dan setelah itu gunakan Id/ kata laluan yang diterima untuk masuk ke dalam platform perdagangan yang dipilih  

Ini sangat mudah, kerana pedangang baru tidak perlu membuat pengesahan pelaburan , menandatangani dokumen ataupun keluar dari rumah untuk mendaftar. Pada masa yang sama, dari awal pedagang akan dapat menilai aspek-aspek utama bekerjasama dengan broker dan begitu juga dalam memahami pergerakan pasaran ataupun bursa. ketika beralih ke perdagangan "sebenar " (real account) untuk kali pertama, pedagang boleh gunakan perkhidmatan broker  untuk membuka akaun perdagangan tersebut. 

Di samping itu, banyak broker menawarkan penggunanan  platform web dengan menggunakan akaun demo. Anda boleh segera menguji peluang baru tersebut.

Dan saranan terakhir:ketika memilih broker untuk membuka akaun demo, perhatikan ciri-ciri serta senarai pertukaran ataupun instrumen yang ada.

Telegram Facebook